Thursday, 11 October 2012

Asas nak mula main gitar solo

Ramai pemain-pemain gitar yang boleh bermain gitar solo walaupun tidak mempunyai basic atau asas penegtahuan berkenaan cara-cara, teknik yang betul dalam bermain gitar. Namun tanpa pengetahuan ataupun lebih jelas lagi teori, seseorang pemain gitar umpama tak tahu arah mana nk tuju sekiranya tidak ada asas yang baik.. Daripada pengalaman admin, ramai pemain gitar(kampung2 n tnpa teori) kadang2 tidak tahu mengenai nama teknik yang digunakan apabila bermain gitar solo...tetapi secara dasarnya mereka telah menggunakan teknik2 bermain gitar ..contohnya scales, appergio, pentatonic scales...sweeping, banding, taping, tauching, picking,,,n bayak lagi..keadaan tersebut menyebabkan ramai pemain gitar yg baru nak belajar terhenti apabila berasa bosan jika tidak ada peningkatan.. Oleh itu adalah amat penting untuk mempelajari teori2 asas bermain gitar kerana banyak membantu dalam meningkatkan lagi skill sebagai pemain gitar..


Wednesday, 10 October 2012

Masalah 'Diving' dalam bola sepak moden

Dewasa ini peningkatan mutu bola sepak di dunia telah banyak berkembang. Banyak bintang2 bola sepak moden seperti luis suarez,wyane rooney, CR7, messi, Falcao, neymar, m gotze, hazard, oscar, kaka, ozil dan ramai lg memperlihatkan skill permainan yang hebat.. Namun masalah diving dikalangan pemain bola sepak sedikit sebanyak telah mencacatkan dan membuatkan ramai peminat bola sepak yang berasa kecewa. Sbgai pemain profesional, aktiviti diving seharusnya tidak diamalkan,...walaupun diving dianggap sebagai satu taktik, namun jika diamalkan selalu seolah2 mutu bola sepak telah tercalar...jd klu nk men bola jgn lh diving2... ne cntoh2 gmbr pmain yg tlah dilabelkan sbgai raja diving oleh pminat,..tngo lh...ada bakat tp disebabkan masalh diving truk mdapat tnggapan buruk..


http://epltalk.com/wp-content/uploads/2012/10/ashley-young-diver.jpg

Mourinho:Messi dan ronaldo berasal dari planet lain!!


Mourinho puas hati dengan satu mata di Camp Nou.


Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho telah meredakan debat tidak kesudahan tentang siapa lebih baik, Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo, dengan menegaskan dua pemain itu memang berada di tahap berbeza.
 
Messi dan Ronaldo masing-masing menjaringkan dua gol sewaktu aksi seri 2-2 Clasico Ahad lalu dan Mourinho telah menjulang usaha duo tersebut merebut anugerah Ballon d'Or.
 
"Saya rasa ia harus dilarang untuk katakan siapa, yang terbaik di dunia kerana mereka berdua ini adalah dari planet lain," kata Mourinho. "Saya mahu pemain saya untuk menang [Ballon d'Or] kerana dia adalah juara liga terbaik di dunia, namun saya rasa mereka berdua masing-masing adalah pemain yang menakjubkan."
 
Walaupun gagal mengejar pendahulu liga, Barcelona, Mourinho pantas menyebut tentang petanda positif dari perlawanan tersebut, termasuk beberapa peluang di hadapan gol.
 
"Saya rasa dunia akan gembira kerana seringkali perlawanan seperti ini sangat taktikal dan berakhir tanpa gol," kata Mourinho. "Perlawanan ini ada segalanya yang orang mahu. Peminat yang berada di zon waktu berbeza di serata Eropah akan bangun dan sangat nikmati Clasico dan mungkin telahpun minta aksi tambahan di pertandingan Piala atau Liga Juara-juara, jika kami mara.
 
"Saya rasa ia satu perlawanan hebat dan saya juga katakan yang sama kepada [Tito] Vilanova. Liga ini sama seperti sebelum ini dengan perbezaaan mata sama sebelum perlawanan. Tapi saya sangat puas hati dengan persembahan pasukan saya."