Wednesday, 10 October 2012

Mourinho:Messi dan ronaldo berasal dari planet lain!!


Mourinho puas hati dengan satu mata di Camp Nou.


Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho telah meredakan debat tidak kesudahan tentang siapa lebih baik, Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo, dengan menegaskan dua pemain itu memang berada di tahap berbeza.
 
Messi dan Ronaldo masing-masing menjaringkan dua gol sewaktu aksi seri 2-2 Clasico Ahad lalu dan Mourinho telah menjulang usaha duo tersebut merebut anugerah Ballon d'Or.
 
"Saya rasa ia harus dilarang untuk katakan siapa, yang terbaik di dunia kerana mereka berdua ini adalah dari planet lain," kata Mourinho. "Saya mahu pemain saya untuk menang [Ballon d'Or] kerana dia adalah juara liga terbaik di dunia, namun saya rasa mereka berdua masing-masing adalah pemain yang menakjubkan."
 
Walaupun gagal mengejar pendahulu liga, Barcelona, Mourinho pantas menyebut tentang petanda positif dari perlawanan tersebut, termasuk beberapa peluang di hadapan gol.
 
"Saya rasa dunia akan gembira kerana seringkali perlawanan seperti ini sangat taktikal dan berakhir tanpa gol," kata Mourinho. "Perlawanan ini ada segalanya yang orang mahu. Peminat yang berada di zon waktu berbeza di serata Eropah akan bangun dan sangat nikmati Clasico dan mungkin telahpun minta aksi tambahan di pertandingan Piala atau Liga Juara-juara, jika kami mara.
 
"Saya rasa ia satu perlawanan hebat dan saya juga katakan yang sama kepada [Tito] Vilanova. Liga ini sama seperti sebelum ini dengan perbezaaan mata sama sebelum perlawanan. Tapi saya sangat puas hati dengan persembahan pasukan saya."

No comments:

Post a Comment